sk1

DATO’ PADUKA HJ. AB  MALEK B. HJ. RANTING
PENGERUSI KOMUNITI PREFER MALAYSIA

Bekas Penjawat Awam Jusa C, dalam Pentadbiran Am Kerajaan Persekutuan, Beliau seorang Pemikir dalam Perlaksanaan Blue Ocean Strategic (NB.O.S) bagi Perancangan dan Pemantuan Projek Kerajaan Persekutuan dan Pelaksana Projek-Projek Khas Kerajaan Persekutuan sebelum bersara sebagai ex-SDO Wilayah Persekutuan.

Bergiat aktif dalam NGO sebagai Presiden Pewaris, Penasihat Sri Kandi dan kini menumpu perhatian kepada Pembangunan dan pelaksanaan Skim Kediaman Sewamilik Secara Musyarakah Mutanaqisah bersama Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia sebagai Pengerusi dan Pemegang Amanah Skim Sewamilik (Rent To Own) yang disokong penuh oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

 

sk2

TUAN ZAMRI ABDULLAH
KETUA SEKRETARIAT
KOMUNITI PREFER MALAYSIA

Berkelulusan Dip. Perguruan Malaysia, Ijazah Sarjana Muda (Psikologi Komunikasi) dan Sains Sosial, Mempunyai pengalaman selama 16 tahun sebagai Pengerusi Konaim Berhad dan Komit Berhad dari tahun 2001 sehingga sekarang dan juga sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Disleksia Terengganu dari tahun 2006 hingga 2008 di bawah Naungan YTM. Tengku Besar Terengganu, Syarifah Nong Alsegaff, Bonda Al-Sultan Terengganu Darul Iman. 


Menjawat jawatan Ketua Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) dan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan untuk perlaksanaan Skim Sewamilik (Rent To Own) Musyarakah Mutanaqisah, Penggubal dan Pelaksana Business Model (Perniagaan dan Keusahawanan) serta Motivator Keusahawanan DPMM, RISDA dan SIRIM Malaysia.

 

STRUKTUR PELAKSANA SKIM SEWAMILIK MUSYARAKAH MUTANAQISAH
KOMUNITI PREFER MALAYSIA (KPM)

 

 

KORPORAT 3

 

 

"DISCLAIMER/PENAFIAN -  Pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) membuat penafian sekeras-kerasnya penglibatannya dalam melantik mana-mana Penganjur atau Penyedia Dana dari dalam atau Luar Negara bagi membiayai mana-mana kediaman di bawah anjuran Skim Sewamilik (Rent To Own) Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM).  Pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) tidak pernah melantik mana-mana individu, organisasi atau syarikat bagi menganjurkan kutipan dana atau menganjurkan apa-apa program di bawah Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia.  Oleh itu, semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu dengan pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) sebagai pengesahan.  Anda boleh hubungi kami di talian 03-4149 8807 untuk sebarang maklumat lanjut. 

Pihak SKPM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu kepada mana-mana pihak yang menggunakan website rasmi Komuniti Prefer Malaysia dalam sebarang promosi yang berkaitan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) terlebih dahulu".