datopaduka

Dato Paduka Hj. Ab Malek B. Hj. Ranting
Pengerusi Komuniti Prefer Malaysia

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

 

Impian memiliki rumah sendiri merupakan satu isu keperluan di kalangan rakyat Malaysia sejak sekian lama. Kami, sememangnya prihatin dan bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan Skim KEDIAMAN secara SEWAMILIK (RENT TO OWN).

Demi menyahut saranan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia yang terhormat, YAB. Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, maka, perlaksanaan  Skim Kediaman Sewamilik (Rent To Own) semestinya menjadi satu tanggungjawab yang besar dan ianya perlu diolahkan secara amanah dan praktikal serta mesra ekonomi supaya ramai rakyat Malaysia dapat menikmati hasil kejayaan melalui perlaksanaan skim sewamilik (Rent To Own) ini.

Para Komuniti yang saya hormati sekalian,

Izinkan saya memperkenalkan serba sedikit berkenanan Skim Kediaman Secara SewaMilik Musyarakah Mutanaqisah yang bermaksud Perkongsian Bebanan yang Semakin Berkurangan iaitu Perkongsian antara Pemilik Aset (KPM) dengan Penyewamilik (Anda) dalam satu ikatan yang sah selama 30 tahun.

Sistem kewangan ini diasaskan dengan merujuk kepada sistem kewangan Islam yang tidak melibatkan Riba yang sangat dibenci oleh Allah.  Maka, ini bukan sehaja selaras dengan moto rakyat didahulukan, malah sistem perkongsian pintar ini amat menguntungkan masyarakat dan semua pihak yang terlibat dalam jangka panjang. Skim kediaman sewamilik (Rent To Own) mesti dilakukan oleh pihak swasta yang menekankan aspek 'Community Social Responsibility' (CSR) melebihi keuntungan dan ianya merupakan satu pelengkap kepada program perumahan sedia ada.

Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia diwujudkan bagi menyediakan kediaman berkonsepkan Medium-Mid-High End dengan anggaran nilai aset antara RM500,000 dan ke atas.  Kediaman yang dimiliki ini tidak dijual melainkan hanya diberi sewamilik kepada masyarakat yang berdaftar dengan Komuniti Prefer Malaysia.  Kediaman juga dilengkapi dengan segala kemudahan infra secara terancang dan penyelenggaraan, cukai pintu serta perabut asas disediakan secara percuma (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Akhir kata, saya menjemput seluruh anggota Masyarakat untuk bersama-sama mendaftar dan menjayakan Skim Sewamilik (Rent To Own) Kediaman menerusi Komuniti Prefer Malaysia ini untuk jaminan masa depan yang lebih baik, tersusun dan terancang.

Sekian, Terima kasih.

Dato' Paduka Hj. Ab. Malek B. Hj. Ranting
Pengerusi Komuniti Prefer Malaysia