komunitipage1Komuniti Prefer Malaysia (KPM) diwujudkan atas intiatif Swasta bagi membantu Pihak Kerajaan dalam menyediakan kediaman kepada 30% rakyat di negara ini secara bersepadu melalui Konsep Sewamilik Musyarakah Mutanaqisah yang tidak melibatkan Pinjaman ataupun Riba.  Komuniti Prefer Malaysia dan konsurtiumnya bukanlah Pemaju Perumahan.

 

KEDIAMAN KOMUNITI PREFER MALAYSIA

Komuniti Prefer Malaysia (KPM) menyediakan rumah berkonsepkan Medium-Mid High End berkeluasan 900 hingga 1,400 kaki persegi dengan anggaran asset bernilai antara RM500,000 dan ke atas.  

Kediaman yang dimiliki ini tidak dijual melainkan hanya diberi sewamilik kepada masyarakat yang berdaftar dengan Komuniti Prefer Malaysia.  Kediaman juga dilengkapi dengan segala kemudahan infra secara terancang dan penyelenggaraan, cukai pintu serta perabut disediakan secara percuma (Tertakluk kepada terma dan syarat).

 

MATLAMAT

Mengenal pasti dan mendaftar 10,000 Komuniti yang  ingin memiliki Rumah menerusi Pembiayaan Sewamilik Musyarakah Mutanaqisah (Rent To Own) Tanpa melibatkan Pinjaman atau Riba.

 

APA ITU PEMBIAYAAN SEWAMILIK MUSYARAKAH MUTANAQISAH?

komunitipage2

Takrifan :  Perkongsian Bebanan Yang Semakin Berkurangan. 

 

Iaitu       :  Perkongsian antara Pemilik Aset (KPM) dengan Penyewamilik (Anda) dalam satu jangkamasa tertentu iaitu selama 25 hingga 30 tahun.

                                                          

Kediaman akan ditukar hakmilik selepas tamat tempoh perkongsian yang dimenterai dalam ikatan Kontrak yang sah dinamakan Kontrak Musyarakah Mutanaqisah (KMM).