"DISCLAIMER/PENAFIAN -  Pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) membuat penafian sekeras-kerasnya penglibatannya dalam melantik mana-mana Penganjur atau Penyedia Dana dari dalam atau Luar Negara bagi membiayai mana-mana kediaman di bawah anjuran Skim Sewamilik (Rent To Own) Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM).  Pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) tidak pernah melantik mana-mana individu, organisasi atau syarikat bagi menganjurkan kutipan dana atau menganjurkan apa-apa program di bawah Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia.  Oleh itu, semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu dengan pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) sebagai pengesahan.  Anda boleh hubungi kami di talian 03-4149 8807 untuk sebarang maklumat lanjut. 

Pihak SKPM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu kepada mana-mana pihak yang menggunakan website rasmi Komuniti Prefer Malaysia dalam sebarang promosi yang berkaitan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) terlebih dahulu".