KEDIAMAN SEWAMILIK (RENT TO OWN) DI MANJONG, PERAK SEDIA UNTUK DIDUDUKI

 

 

MANJONG,PERAK.  Pemohon pemilikan kediaman melalui Skim Sewamilik (Rent To Own) Komuniti Prefer Malaysia akan dipanggil secara berperingkat mulai Mac 2017 ini bagi menandatangani Kontrak Perjanjian Musyarakah Mutanaqisah dengan pihak terbabit.

Projek kediaman yang telah sedia diduduki ini telah dalam proses jual beli antara pihak pemaju dengan Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.  Semua pemohon yang telah lulus dalam temuduga yang diadakan akan dimaklumkan melalui notis dalam masa terdekat.

Projek PANGSAPURI SAMUDERA 1, DI VENICE RAYA 1 telah siap untuk diduduki pada tahun ini. Pangsapuri 10 tingkat beserta semua kemudahan asas utama akan menjadi penanda aras utama perlaksanaan Skim Sewamilik Swasta yang turut menyokong hasrat kerajaan dalam menyediakan kediaman kepada golongan pertengahan terutama yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan dengan institusi perbankan.

Kediaman yang disediakan ini melibatkan 2 blok daripada keseluruhan dan melibatkan sejumlah 240 unit untuk fasa pertama.  Kediaman Pangsapuri dengan pegangan bebas (Freehold) melibatkan pembangunan di tanah seluas 6.74 ekar oleh Pemaju YNH Property Berhad dengan nilai Pembangunan Kasar RM140juta keseluruhan.

Pihak Sekretariat amat yakin permintaan terhadap kemudahan Sewamilik Kediaman akan menjadi trend yang terkini di Malaysia ketika ini kerana semua pemohon tidak perlu membuat pinjaman perumahan untuk tujuan pemilikan.  Sewamilik kediaman akan menggunakan konsep perkongsian antara Pemilik Aset dengan Penyewamilik dalam satu jangkasamasa yang dipersetujui dengan akad secara bertulis dan termaktub dalam Perjanjian Kontrak Musyarakah Mutanaqisah (KMM).

Orang ramai di sekitar Manjong, Teluk Intan dan Ipoh adalah dijemput untuk melayari website penerangan dan mendaftar menerusi kemudahan pendaftaran atas talian (Online) di www.komunitiprefermalaysia.com.my.  Hanya pemohon yang berdaftar sahaja akan dipanggil temuduga untuk kelayakan permohonan yang dibuat dan diuruskan oleh Sekretariat melalui Prosedur yang ditetapkan. Unit adalah amat terhad dan terbuka kepada semua bumiputera dan bukan bumiputera untuk memiliki kediaman tanpa melibatkan pinjaman di institusi perbankan.