PANGGILAN TEMUDUGA PEMILIHAN CALON SEWAMILIK

MUSYAKARAH MUTANAQISAH KOMUNTI PREFER MALAYSIA BAGI TAHUN 2017

 

Sesi Panggilan Temuduga Pemohon 2017 akan bermula pada 18hb Februari 2017.  Pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia menetapkan sasaran sejumlah 1500 pemohon baru akan dapat dikenal pasti untuk kelulusan permohonan kediaman menerusi Skim Sewamilik Musyarakah Mutanaqisah Komuniti Prefer Malaysia berbanding sesi panggilan temuduga tahun 2015/2016.  Sejumlah daripada 29,000 pemohon yang dipanggil secara berperingkat, 1300 pemohon pada sesi 2015/2016 telah berjaya dan dikenal pasti dalam sesi temuduga yang telah diadakan.

Bagi memenuhi keperluan permintaan yang tinggi ini maka pihak sekretariat kini sedang mengadakan rundingan dengan Pemaju-pemaju yang berdaftar dengan KPKT untuk tujuan proses pembelian kediaman di beberapa negeri yang mempunyai permintaan yang tinggi sehingga kini. Pada peringkat permulaan ini, pihak kami sedang dalam penyediaan pembelian 3,000 unit kediaman menerusi Pemaju Perumahan yang berdaftar di beberapa lokasi utama iaitu sekitar Lembah Klang (300 unit), Bangi (300 unit)  dan Johor Bahru (400 unit), Pulau Pinang (450 unit), Kelantan (300 unit), Ipoh (750 unit), Kuantan (500 unit).  Keseluruhannya pembelian aset ini bakal menelan perbelanjaan minima RM1,000,000,000.00 (RM1.0Billion) yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pihak Sekretariat menetapkan proses dan prosedur yang sama sepertimana tahun lalu iaitu hanya pemohon yang berdaftar menerusi laman sesawang secara atas talian sahaja akan dipanggil menerusi surat rasmi ke semua alamat pemohon yang mendaftar untuk panggilan temuduga yang dibuat mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan.

Pada tahun ini, pemohon yang berjaya dalam temuduga pada tahun lepas akan mula dipanggil secara berperingkat untuk proses mengenal pasti kediaman dan Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Musyarakah Mutanaqisah yang bakal diadakan secara berperingkat mulai akhir Mac 2017 ini.

PEMOHON 2015/2016 AKAN DAPAT KEDIAMAN DALAM TAHUN INI

 

Pemohon 2015/2016 yang layak kelak akan dinotis melalui surat rasmi untuk persediaan mereka menandatangani Kontrak Sewamilik kelak.  Proses penyediaan kediaman akan mengambil masa antara 6 bulan hingga 36 bulan setelah menandatangani Kontrak dan ada di antara kediaman yang dibeli telah sedia ada memiliki Sijil Layak Diduduki (CCC) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.  Namun demikian, pemohon akan tetap harus mengikuti prosedur pemilikan kediaman apabila semua proses dan prosedur pembiayaan kediaman tersebut selesai ditandatangani kelak.

Pihak Sekretariat kini sedang mengenal pasti semua pemohon yang layak pada tahun 2015/2016 untuk dinotiskan melalui surat menyurat rasmi, sebarang pertanyaan dan maklumat terkini boleh diajukan kepada pihak Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia melalui talian 03-4149 8807, atau email pertanyaan anda ke alamat email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sebarang berita dan maklumat terkini akan dihebahkan dari semasa ke semasa di laman sesawang kami, www.komunitiprefermalaysia.com.my

 

 

Kediaman sedang dalam rundingan akhir di Ipoh Perak

IMG-20170214-WA0000.jpg

 

 

IMG-20170214-WA0001.jpg

 

 

IMG-20170214-WA0002.jpg

 

 

 

Kediaman sedang dalam rundingan akhir di Bangi, Selangor

IMG-20170214-WA0023.jpg

 

 

IMG-20170214-WA0025.jpg

 

 

IMG-20170214-WA0024.jpg

 

 

 

(TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN, TERMA DAN SYARAT)