P 20160615 145003

 

 

(Kuala Lumpur 15 Jun, 2016) Lawatan Tan Sri Datuk Seri Dr. M Kayveas, bekas Timbalan Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke pejabat Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (SKPM) telah disambut oleh Dato’ Paduka Ab. Malek b. Hj. Ranting, selaku Pengerusi Komuniti Prefer Malaysia dan Encik Zamri bin Abdullah, Ketua SKPM untuk membincangkan usahasama Program Pembangunan Skim Perumahan Rent To Own khas untuk ahli-ahli Malaysia’s People's Progressive Party (MyPPP) dan masyarakat India amnya di Malaysia pada Rabu lepas.

Tan Sri Kayveas amat tertarik kepada Skim Perumahan (Rent To Own) secara Sewamilik Musyarakah Mutanaqisah yang ditawarkan oleh Komuniti Prefer Malaysia yang membolehkan orang ramai memiliki kediaman tanpa memerlukan permohonan sebarang pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.

Sokongan padu daripada Tan Sri Kayveas supaya program ini dapat diserapkan dalam MyPPP demi menyediakan peluang yang sama rata kepada ahli MyPPP dan seluruh  masyarakat Malaysia amnya.

Dato’ Paduka Ab. Malek berkata pihak SKPM akan membuka pendaftaran untuk ahli MyPPP dan masyarakat yang lain dengan kadar segera supaya mereka dapat memiliki kediaman sendiri melalui Skim Perumahan (Rent To Own) Secara Sewamilik Musyarakah Mutanaqisah ini.

Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh mendaftar diri di www.komunitiprefermalaysia.com.my dan anda bakal akan dipanggil untuk menghadiri temuduga untuk dikenalpastikan kelayakan anda kelak.